Eye Bag Removal
MATA YANG MENAWAN MENAMBAH KEYAKINAN
MEMILIKI sepasang mata yang menawan merupakan aset yang tidak ternilai harganya. Pepatah orang tua tua mengatakan dari mata turun ke hati. Bila mata bertentang mata hati di dalam bagai nak gila.


Tak kurang juga wanita yang gemar menggunakan tatu pada mata mereka. Tatu dibuat bagi mencantikkan alis mata. Tatu moden kelihatan natural dan boleh dibuat dalam pelbagai warna pilihan.
Bagaimanakah struktur mata yang sebenar?
Mata kita terletak dalam soket mata. Soket mata adalah lubang pada tengkorak yang didindingi oleh tulang tipis dan berlubang-lubang kecil dipanggil cribriform. Ia juga dikelilingi sekeping lelemak yang di namakan tarsal plate. Tarsal plate ini mengelilingi mata kita. Lemak mata bergerak sekeliling mata melalui jaringan salurannya yang dinamakan saluran limfatik. Saluran limfatik mata akan bersambung pula dengan jalinan limfatik pada maxilla (pipi), telinga dan lain lain bahagian tubuh kita. Apabila saluran ini tersumbat maka banyak lemak akan terkumpul, lemak yang mengeras akan membuat mata kelihatan bengkak dan dan cengkung.
Kaedah rawatan
Rawatan yang sesuai adalah kaedah pembedahan membuang lelemak bawah mata. Terdapat teknologi baru menggunakan fiber optik yang boleh memecahkan lemak dengan mudah, berkesan dan selamat. Fiber optik yang saiznya kurang dari satu mm memancarkan tenaga sebanyak 300 joule, dengan kuasa 5 hingga 6 watt sahaja menjadikan kulit bawah mata turut tegang. Ia memberi kesan mata yang cantik dan muda. Ada kalanya saluran darah yang tersumbat mudah pecah di bawah mata menjadikan bahagian di situ lebam dan tampak gelap. Sel sel darah akan merangsang pula melanocyte menjadi aktif menyebabkan kawasan mata menjadi lebam.
Rawatan yang baik adalah dengan menggunakan enzim khas yang boleh memecahkan dan menghadamkan sel darah yang terkumpul, Bagi sesetengah orang lapisan lemak pada tarsal plate pula mudah menipis dan akhirnya hilang menyebabkan bawah mata tampak cengkung dan berlekuk. Perkara ini biasanya boleh di atasi dengan filler. Jika kelopak mata bermasalah, pembedahan dibuat bagi menganjalkannya dan kening boleh diangkat ke atas menggunakan kaedah serdev suture.
Crow feet merupakan garis halus atau kedutan yang terdapat pada mata. Selalunya ia melanda mereka yang berusia 35 tahun ke atas. Ia boleh dihapuskan dengan pelbagai cara contohnya pengelupasan bersiri, laser dan filler.
Masalah lain yang sering mengganggu kulit kelopak mata adalah ekzema iaitu alahan kulit. Ekzema berlaku disebabkan alahan terhadap makanan tertentu atau alat kosmetik yang digunakan. Pengidapnya akan berasa gatal panas dan perit. Akibat digosok berulang kali, mata turut kelihatan merah dan pedih. Rawatannya adalah dengan memberikan ubat anti alergi dan juga antibiotik yang sesuai.
Stye pula merupakan jangkitan kuman jenis streptococcus yang menyebabkan kelopak ditumbuhi kudis kecil. Rawatan yang baik adalah antibiotik disapukan pada mata dan antibiotik yang dimakan. Manakala kalazion pula sejenis kutil keras yang tertanam dalam kelopak mata. Kalazion dibuang melalui pembedahan.
Tahi lalat yang terlalu besar pada kelopak mata turut mengganggu penglihatan dan membuat kelopak mata menjadi berat. Adalah lebih baik untuk kita membuangnya.
Exophthalmos merupakan masalah apabila bola mata menjadi besar dan terjojol. Hal ini biasanya berlaku pada mereka yang mengidap hyperthyroidism.
Enophthalmos pula adalah bebola mata yang termasuk ke dalam menyebabkan mata tampak kecil dari biasa. Seorang pesakit saya menjalani pembedahan membuang lemah di bawah mata. Selepas dipancarkan laser ke bawah mata dan menyedut keluar lemak, mata akan ditampal dengan plaster kecil yang kukuh.

Selepas membuang satu lapisan lemak pada sekitar matanya, dia tampak lebih muda. Matanya nampak luas dan galak. Keningnya juga terangkat sedikit menjadikan kontur mata tampak lebih bundar daripada biasa.
0 comments