Rawatan Anti Penuaan

by - 1:11 AM



Pelbagai rawatan dilakukan untuk tampil sihat walaupun pada usia tua. Ramai yang memberi reaksi positif apabila saya memperkatakan tentang anti penuaan. Tidak kurang juga yang mempunyai tanggapan negatif kerana tidak tahu dan kurang memahami pengertian anti aging atau anti penuaan yang sebenar. Mereka menganggap perubatan anti penuaan sebagai cubaan melawan takdir ketentuan Ilahi dan hanya mampu memberi kulit yang licin tanpa kedut tanpa membantu kesihatan dalaman tubuh. Ini adalah tidak benar kerana perubatan anti penuaan mempunyai matlamat menghindari penyakit dan masalah manusia apabila berhadapan dengan isu-isu penuaan.

Anti penuaan adalah satu cabang kesihatan yang membolehkan kita hidup sihat pada usia tua, mengekalkan kesihatan dan kehidupan ideal manusia. Ia mengekalkan fungsi organ dalaman badan seperti jantung, buah pinggang, kelenjar-kelenjar yang penting serta kesihatan otak manusia. Ia juga menjadikan kelenjar hormon dalam tubuh kita berfungsi semula sebagaimana semasa muda. Pada zaman ini tempoh hayat seorang manusia dianggarkan selama 90 tahun. Ramai yang masih hidup sihat meskipun sudah melebihi usia tersebut. 

Kata-kata yang sering diluahkan oleh mereka yang kurang pengetahuan mengenai anti penuaan adalah :
Menjadi tua dan mengalami menopaus adalah proses semula jadi maka tidak ada apa yang mampu mengubahnya.
Usia tua adalah takdir yang tidak boleh ditolak.
Saya mengamalkan cara hidup sihat, senaman serta mengamalkan pemakanan seimbang. Sudah tentu badan saya sihat. Mengapa saya perlukan perubatan anti penuaan?

Cuba anda fikirkan fakta ini :
Punca utama kematian adalah usia yang tua. Orang yang mencecah usia 40 ke atas mudah mendapat kanser, kerana itu mereka digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan.
Orang yang berusia mudah mendapat tulang rapuh. Ramai orang orang tua terlantar di hospital kerana osteoporosis yang teruk membuatkan tulang patah.
Orang yang tua mudah murung dan sensitif
Orang tua mudah mendapat darah tinggi, sakit jantung dan sakit kronik lain berbanding orang muda.
Paras kolestrol, gula dalam darah dan fungsi organ akan menjadi tidak baik apabila usia meningkat.

Mestikah seseorang berasa murung, letih, layu dan kelesuan apabila usia meningkat? Mestikah paras rupa berubah menjadi cengkung dan berlekuk-lekuk, wajah menjadi berpigmen serta berkedut? Usia tidak dapat ditolak namun jika kita mengamalkan perubatan anti penuaan kita akan dapat menghalang penyakit penyakit dan masalah penuaan.

Masalah penuaan bagi lelaki :
Andropaus. Lelaki menjadi murung kurang bertenaga, mudah marah dan mudah tertekan.
BPH prostat menjadi bengkak dan mula mengganggu sistem urinasi (kencing). Mereka mula mendapat jangkitan kencing yang kerap.
ED adalah masalah menegangkan zakar.
Bagi lelaki dan wanita (Atherosclerosis)
Darah tinggi dan kencing manis
Dementia (nyanyuk atau pelupa)
Lain lain yang melibatkan sakit tua seperti tulang rapuh dan sakit badan.

Apabila usia bertambah kelenjar hormon pada tubuh bekerja keras bagi memastikan penghasilan yang cukup untuk tubuh badan kita. Hormon merupakan molekul-molekul yang amat penting serta mempunyai tugas khas bagi menseimbangkan dan memastikan fungsi tubuh badan menjadi lancar. Kelenjar ini menjadi mengecut dan kurang aktif apabila usia meningkat. Hal ini dapat dilihat melalui kajian para saintis yang menilai saiz kelenjar melalui kaedah CT scan.

Hormon DHEA
DHEA atau Dehydroepiandosterone adalah Mother of all hormones. Disebut begitu karena DHEA merupakan bahan baku untuk pembentukan hormone testosterone, estrogen, progesterone dan kortisol.

Fungsi DHEA :
1. Pembangun imunisasi tubuh yang kuat
2. Memperkuat otot
3. Berperanan dalam pertumbuhan rambut ketiak dan rambut kemaluan
4. Menambah tenaga
5. Mengurangi stress
6. Memperkuat memori
7. Meningkatkan libido (pada wanita)
8. Mengurangi radang sendi
9. Mencegah kanser, kencing manis dan penyakit jantung

Gejala bila tubuh kekurangan DHEA :
Tampak lelah
Rambut kusam dan tidak bermaya
Kulit menjadi kering
Timbunan lemak bertambah, terutama di pinggang dan paha
Pada wanita, libido akan menurun

Kegunaan :
1. osteoporosis
2. fisiologis kesejahteraan
3. anti-penuaan
4. depresi
5. menopos
6. obesity
7. kegagalan fungsi seksual




Anda mahu kami di hubungi??
SMS MARISSA (jarak) INFO ke 32828

Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484
Shah Alam : 019-396 3678 /03-55233505
Bangi : 03-8928 9334/ 016-225 9334
Nilai : 012-358 5949
Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698
Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561
Kelantan : 097882304 / 013 388 0987

WHATSAPP : 013-244 8484 / 012-608 0159
WEBSITE : marissa-esthetic.com
FACEBOOK : Marissa Aesthetic
PM kami terus untuk maklumat lanjut >>

You May Also Like

0 comments